Hatiku Milikmu - bab3

Harini ini adalah hari baru bagi aku untuk menjalani alam pekerjaan. Aku yang baru sahaja bersiap untuk ke tempat kerja yang aku nantikan lantas aku turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama-sama dengan keluargaku.

" Selamat pagi ibu! " aku cuba mengejutkan ibuku dari belakang.

" Opocot! Pagi ibu. Eh, selamat. " Datin Hasnah melatah manakala aku pula mengekek ketawa macam orang gila. Terasa lucu pula apabila melihat ibuku melatah. " Hei kamu ni, nak sangat ke tengok ibu mati awal? Nasib je ibu melatah tadi, kalau ibu mati macam mana kamu nak buat? " ibu mula memarahi aku.

Aku hanya mampu menadah telinga untuk mendengar leteran ibu. Tak berani aku nak melawan kata-kata ibu. Syurgakan di bawah telapak kaki ibu. Berdosa kalau aku melawan percakapan ibu.

" Angah pun satu, siapa suruh mengada nak terkejutkan ibu. Nasib ibu takde penyakit lemah jantung. Kalau tak, satgi angah meraung tak berlagu. "Ayu cuba untuk menyindir aku, tetapi tidak langsung terbekas di hati aku ini.

" Eleh, ingat angah tak tahu ke yang Ayu selalu buat ibu macam tu. Abah pun Ayu buatkan? " aku cuba untuk membalas kata-kata adikku tadi.

" Sudah-sudah lah ni. Kamu berdua ni kalau sehari tak bergaduh memang tak sah ke? Ayu dah besar pun nak gaduh dengan akak kau ni. Angah pun satu, dah besar panjang pun masih nak bergaduh dengan adik sendiri. Cubalah mengalah sikit dengan adik kau ni. " aku terkejut dengan kata-kata ibu sebentar tadi. MENGALAH SIKIT? Hello, ingat aku nak gaduh dengan dia sangat ke? kalau boleh, aku nak je taruk adik aku ni dekat penjara. Biar dia tahu apa itu erti penyesalan.

Aku dapat lihat yang Ayu tersenyum lebar apabila aku dimarahi ibu. Senyumannya itu seperti bermaksud yang dia sudah menang kali ini. Sakit pula hati aku ni.

" Yelah ibu, anyway abah dengan along mana? Tak breakfast dengan kita sekali ke? " aku cuba untuk beralih  ke topik lain supaya leteran ibu tadi berkurangan.

" Angah ni, angah tahukan yang abah jarang breakfast dengan kita. Sibuk dengan bisnes, along pula jangan cakap lah. Batang hidung pun belum tentu muncul depan meja ni. Balik tengah malam. Keuar pagi subuh. "

" Oh, manalah angah tahu. Patutlah sampai sekarang along takde awek kan? Bini pun tak tentu dapat. " aku dan Ayu mengekek ketawa kerana mengutuk abang kami sendiri.

Tiba-tiba , telinga aku mula pedih seperti ditarik oleh seseorang.

" Amboi, sedapnya mengutuk orang ya. Ulang balik apa adik kesayangan abang cakapkan tadi? Bini tak tentu dapat? Macamlah ada lelaki nak kamu berdua ni. Tak tentu pasal, dahi tu penuh dengan cop reject. " along cuba menekankan perkataan akhirnya itu.

Aku dan Ayu pula cuba menahan sakit yang dihadapi sekarang. Danial Ashraf namanya, diberi oleh ibu dan abah kepadanya. along mempunyai sifat rajin, bertanggungjawab, tegas dan kuat bekerja. Tetapi hatinya lembut apabila dengan kami sekeluarga.

Danial Ashraf kini memegang jawatan pengurus di syarikat R & H Sdn.Bhd di Kuala Lumpur. Ayahku yang memberi syarikat itu kepada warisnya merupakan abangku sendiri.

Dato' Radzi atau lebih dikenali sebagai abah, ingin menawarkan aku bekerja di syarikatnya untuk menguruskan hal kewangan syarikat. Tetapi aku menolaknya dengan cara baik. Kerana aku ingin bekerja di syarikat peguaman. Cita-citaku yang ingin menjadi seorang peguam yang berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.

Aku menyuruh abah memberi jawatan itu kepada adik. Ayu memang handal dengan semua ni, terutamanya angka-angka yang berada di dalam otaknya. Manakala aku, kepala ku dipenuhi dengan keadilan.

" Sakitlah.. " Ayu mula mengadu tentang kesakitannya itu.

" Eleh, baru sikit je tu. Kalau ikutkan hati along tadi, dah lama along gilis dengan lori tadi. " kata along dengan nada sinis.

Aku tahu along tengah memarahi kami berdua. Lalu aku cuba mengubah ke topik lain sebelum kemarahan along meletus.

" Ok, sorry. Andah and Ayu promise takkan kutuk along lagi. " kataku pada along. Along mengangguk. Tandanya dia sudah maafkan kami berdua. Dalam hati rasa bersyukur sangat.

" Along, harini tak masuk office ke? " soal Ayu.

" Mestilah pergi, harini along ambil off-day sebab nak hantar angah ke tempat kerja. Harini kan first day dia bekerja. " kata along.

Air milo panas yang aku hirup tadi akhirnya tersembur keluar. Betul ke along nak hantar aku ni? Seperti tidak percaya. Baik sungguh hati Danial Ashraf ni, ya? Aku mula mengekek ketawa dalam hati.

" Hei, lain kali tak boleh bersembang ke? Layla kamu tu dah lambat nak ke tempat kerja. " ibu mencantas lamunan ku seketika.

Aku melihat jam tangan ku, jarum jam sudah menujukkan kepada angka sembilan. Aku segera menyalam ibuku dan menghulurkan tanganku kepada Ayu supaya menyalamku. Selepas selesai sesi bersalaman dengan ibu dan Ayu, aku terus ke kereta along untuk menghantar aku ke tempat kerja. Lalu kereta along meluncur laju ke jalan raya.

----------------------------------------------------------------------

dah lama aku tak sambung novel aku ni. so, chapter kali ni agak membosankan. sebab takde idea. hahahaha, k dah habis baca. boleh komen :-) terima kasih.

No comments: