Hatiku Milikmu - bab2

" Riz, apa yang tak kena dengan kau ni? Dari petang tadi, aku tengok kau asik tersenyum je. Macam orang gila je aku tengok kau ni. Takut aku dibuatnya. " kata Badrul kepada temannya itu.

" Betul tu. Betul kata Bad, dari petang tadi senyuman kau tu tak lekang langsung daripada bibir kau tu. Hairan juga aku tengok. Awat? Story lah dengan kitorang. " Syamil juga menyokong pertanyaan Badrul kepada temannya itu.

" Aku memang tengah gila ni. " jawab Hariz dengan lurus kepada teman-temannya.

" Yeke? Serius bro? Kenapa kau boleh jadi gila? Gila pasal apa? " Badrul dan Syamil sukar untuk mempercayai temannya itu sudah hilang waras.

" Aku bukan gila lah. Aku tengah angau ni........ " kata Hariz sambil tersenyum-senyum. Ngeri sungguh senyumannya itu.

" Ini perkara luar biasa ni, Hariz Irfan sekarang angaukan someone. Ok, Encik Hariz sila beritahu kepada kami siapakah yang buat Encik Hariz sehingga angau seperti ini? " Badrul mula bertanya, lagaknya seperti seorang anggota polis.

" Korang berdua masih ingat kejadian petang tadi tak? Yang aku terlanggar budak perempuan tadi. " Hariz memulakan ceritanya. Badrul dan syamil cuba mengingati sesuatu. Lalu mereka berdua menganggukkkan kepala.

" Sebenarnya, perempuan tu lah yang buat aku angau sampai macam ni. Ingat tak, dulu aku pernah cerita dekat korang yang aku sukakan sorang budak perempuan ni. "

" Mestilah ingat, perempuan tu ke yang ketuk pintu hati kau yang keras macam batu ni? Time zaman sekolah menengah kan? Syamil pula bertanyakan soalan.

" Yup, dia lah orangnya. Her name is Layla Kaisarah binti Radzi. Dia muda kita semua setahun je. Budak tu memang baik, dia jenis yang ceria selalu dekat sekolah. Ramai yang minat dia, tapi dia jenis tak layan lelaki. Dia suka berkawan je. Semenjak aku habis SPM, aku dah tak tahu pasal dia. Pernah sekali aku cari dia, kawan dia kata yang dia sudah berpindah. So, aku tak dapat info dia lepas tu. Nombor telefon dia pun dah tukar. " cerita Hariz dengan panjang lebar.

Badrul dan syamil cuma menjadi pendengar yang setia kepada kawan karibnya itu.

" Time tu, aku rasa macam nak putus asa je. Semenjak dia hilang depan mata aku, pintu hati aku makin lama makin tertutup. Takde sorang pun berjaya membukanya dengan luas. But, kuasa Allah S.W.T siapa yang tahukan. Lapan tahun aku menanti, akhirnya muncul kembali di depan mata aku ni. " tambahnya lagi. Begitulah kisahnya selama ini.

" Bro, aku rasa nak respect kau habis-habis. Aku faham perasaan kau macam mana. Biarpun kita tunggukan someone yang dah lama hilang and at last the girl you want to find muncul depan mata kau. " Badrul terharu dengan kisah kawan karibnya itu.

" Story kau ni mengalahkan novel, kau tahu tak? Nak menitis air mata aku dengar. " Syamil yang cuba untuk bersenda dengan sahabatnya itu langsung tidak menjadi. Sunyi sepi. Begitulah situasi berlaku.

" Banyak lah kau, mana kau tahu ni? " Hariz mula menanyakan soalan.

" Err, lupakan. " kata Syamil dengan gagap.

Akhirnya mereka bertiga ketawa. Selepas Hariz menceritakan kisah silamnya, mereka bertiga terus menceritakan tentang bisnes, pejabat, pekerja dan semuanya. Lelaki, semuanya sama sahaja.

--------------------------------------------------------------------------
mesti korang tak fahamkan? apa yang aku cuba sampaikan adalah Hariz tu pernah sekolah sama dengan Layla. dia jatuh hati dengan Layla sejak bangku sekolah. tapi Layla bukan jenis yang 'ANTI LELAKI' tidak sesama sekali. tapi dia suka berkawan dengan semua orang. so, itulah yang aku cuba sampaikan. dah habis baca tu, komen komen lah juga :)

No comments: