Hatiku Milikmu - bab1

Menyaksikan ombak yang setia menamani pantai setiap hari. Ombak seperti tidak jemu menemani pantai pada petang hari. aku yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh menyaksikan ciptaan Allah S.W.T yang terdampar luas di hadapan mata ku ini.

" Layla Kaisarah, sudah-sudah lah tu. Jom, kita balik. Hari tak lama lagi nak senja. Perjalanan kita ni masih jauh. Lekas ya. " panggil ibuku, Datin Hasnah.

" Ya, ibu. " jawab aku ringkas.

Aku yang masih tidak puas menyaksikan ombak bersama-sama dengan pantai ketika itu. Lalu aku bangun dan beredar dari situ. Takut ada orang marah pula. Tiba-tiba,

" Ouchhhh..! " aku terjatuh di atas pasir pantai yang lembut itu. Aku diberi pertolongan untuk bangkit dari situ. Lalu aku bangkit dengan pertolongan yang diberikan oleh seseorang yang berada di hadapan aku ini.

" Sorry, saya tak sengaja. " kata pemuda itu. Kedengaran seperti suara lelaki. Lelaki? Aduh! Jatuh lah saham aku kalau ini jadinya.

" Err, takpelah. Terima kasih bantu saya, saya yang cuai tadi. It's ok. " aku tahu semua puncanya datang daripada aku. Kalau aku tidak cuai tadi memang aku tak akan terlanggar pemuda itu dan terjatuh. Malunya aku. Rasa ingin menyorokkan kepalaku di dalam pasir pantai ini sekarang juga.

Aku cepat-cepat beredar dari situ kerana malu untuk berdiri lama-lama di hadapan pemuda itu. Aku memberanikan diriku untuk menoleh ke belakang dan melihatnya. Tetapi lain pula yang jadi. Mata aku dan pemuda itu bertembung untuk seketika. Tiba-tiba muka aku mula rasa panas dan terasa amat malu pada ketika itu. ' Hei gedik betul mata aku pula harini... ' ngomel aku dengan sendiri.

" Kenapa dengan muka angah ni? Merah semacam je. " soal adikku, Ayu Kaisarah. Eh, jelas ke muka aku ni? Al-maklumlah, muka aku kan putih. 

" Eh, mana ada. " aku cuba tepis soalan itu.

' Jelas sangat ke muka aku ni? ' aku mula menyoal diri ku sendiri. Ibu yang dari tadi melihat hanya tersenyum sahaja.

" Sudah lah Ayu. Jangan nak menyakat kakak kamu tu. " ibu cuba membantu aku yang sedang menahan malu dari tadi. Aku gembira sangat kerana ibu membantu aku.

Aku menjelir lidah kepada adikku itu. Aku dapat lihat reaksi adik aku yang dia sedang tidak berpuas hati dengan aku. Dia mula memuncungkan bibirnya. Ingat comel lah tu? Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagatnya itu.

------------------------------------------------------------------------------
k, macam mana dengan cerita aku kali ni? ok tak? maaf kalau korang tidak berpuas hati. tunggu bab2 pula nanti, ya :) dah habis baca tu, do comment you guys :D

No comments: