Perpisahan

Assalamualaikum.

Aku memerhati pemandangan diluar tingkap. gelap. tiada cahaya bulan. tiada bintang yang selalu menemani bulan di kala kesepian. dada langit yang terbentang luas, gelap. tiada satu cahaya pun yang dapat bantunya. 'mungkin harini nak hujan kot', aku bermonolog sendirian. mengenangkan peristiwa yang berlaku pada 3tahun lalu. sukar untuk aku melupakannya.

FLASHBACK
Aku menyarungkan pakaian ku ke badan aku. sekejap sekejap aku lihat pada cermin. aku rasa diriku harini sungguh teruk. lagi teruk dari hari yang sebelum. terasa diri hodoh pun ada. kemudian, aku masuk ke bilik air dan tukar lagi pakaian yang lain. dan kini aku yakin. mungkin baju ini sesuai untuk diri aku. aku mengenakan tudung bawal ku yang berwarna oren lembut dan baju kurung yang bunganya berwarna oren oren. comel gituh.

kemudian aku mengambil bedak dan sapukan kepada muka aku. kononnya ingin menyembunyikan jerawat yang baru sahaja tumbuh. 'eeeeeeei, aku tembak kau juga jerawat', kataku sendirian. aku ke almari baju ku. aku terjengket jengket ingin mengambil beg tangan yang baru sahaja aku beli pada minggu lepas. beg tangan ku itu, bukannya mahal sangat. jenama pun tidak sehebat GUCCI. aku hanya beli di kedai baju. yang berharga RM30.90. ya, aku tahu. murah sahaja. janji aku ingin memilikinya.

aku berlari lari anak di tangga. aku dapati loceng rumah ku sudah berbunyi dari tadi. kemungkinan si dia tiba. aku cepat cepat lihat cermin yang berada di ruang tamu. takut tudung itu senget benget pula. lalu aku menyalam serta mencium tangan kedua ibu bapa ku yang usianya semakin melonjak. tidak lupa juga, sebuah ciuman yang singgah di pipi ibuku. tandanya aku hormat. aku tidak ingin menjadi anak derhaka. atau dilabelkan ANAK TIDAK KENANG BUDI pula. lalu aku membuka pintu rumah.

si dia yang berdiri di depan pintu rumah ku. tidak lupa juga, terukir sebuah senyuman pada mukanya. aku tersenyum simpul. malu pun ada. aku mengambil selipar sendal ku yang berada di rak kasut lalu menyarungnya di kaki. aku hentak hentak kaki aku supaya selesa sedikit. kemudian, aku tuju ke arah kereta. si dia membuka pintu untuk ku. 'eleh, ingat sweet lah tu', aku mengutuk dia dalam diam. dia mula start kan enjin, dan tidak lupa juga. dia akan baca doa dahulu sebelum gerak ke destinasi yang akan dituju. beberapa sifat yang ada pada dirinya itu mampu buat aku terharu. bukan senang nak jumpa lelaki seperti ini.

kami berdua hanya membatukan diri. mungkin tidak selesa dengan situasi sekarang. lalu aku mencapai punat butang radio, tiba tiba tangan si dia juga tersentuh kulit aku juga ni. cepat cepat kami berdua menariknya balik. betapa malunya aku ketika itu. lalu, aku mengambil keputusan untuk termenung di luar tingkap. si dia pula berdehem, "Ehemmmmmmmm". aku pula rasa pelik. kenapa ni? ok, aku berlagak seperti biasa. sesekali aku mengerling mataku ke arah dia. si dia terlalu fokus pada jalan. mungkin taknak ada apa apa berlaku di tengah jalan.

akhirnya kami tiba ke destinasi yang kami ingin tuju. aku tiba di rumah keluarga si dia. aku dapati seorang makcik yang sudah berusia serta anak anak muda sedang berdiri di depan pintu rumah. kemungkinan mereka semua adalah keluarganya. si dia membuka pintu itu untuk aku. aku hanya tersenyum malu. malu apabila diperlakukan seperti itu. aku dijemput masuk ke dalam rumah. ada beberapa anak anak kecil sedang berlari sana sini. kemungkinan sedara maranya. kami berbual dengan antara satu sama lain. si ibunya ralit dok masak di dapur. aku pun meringankan tulang aku untuk membantu si ibu di dapur.

selepas itu, kami pun lakukan sesi makan makan. alhamdulillah, kenyang. kemudian, kami semua dok ralit bercerita lagi. sehinggalah larut malam. kami berdua meminta izin untuk pulang dahulu. jarum jam pun sudah berganjak pada 9malam. di luar pula sedang turunnya hujan lebat. si ibu meminta aku untuk bermalam disana. hati kata ya, mulut pula kata tidak. yelah, tidak manis pula kan. so, kami berdua decide nak balik. si dia menghantar aku pulang. sebelum berangkat, aku menyalam si ibu sebelum pulang. di dalam kereta, si dia tidak banyak berbual dengan aku seperti tadi. kemungkinan penat kot. "awak penat ke?", soal aku pada si dia. "takde lah, i ok je." katanya dengan nada perlahan. kerana aku tidak ingin menganggunya, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

sehinggalah di depan pintu pagar rumah ku, hujan masih turun dengan lebat. aku memintanya untuk singgah dahulu di rumah ku. bahaya jika pulang ke rumah dalam keadaan sebigini. tetapi di menolak. degil betul ingin memujuknya. ibu ku juga penat ingin memujuknya. tetapi dia tetap menolaknya dengan perlahan. katanya, insyaallah selamat lah dia pulang nanti. sebelum dia menuju ke keretanya. si dia menghulurkan sebuah kotak yang berbalut dengan balutan hadiah dengan kemas. pada mulanya, aku berat ingin mengambilnya. tetapi kerana dia memaksa, aku terpaksa mengambilnya juga. lalu dia hilang dari pandangan mata aku.

aku membersihkan diri dan lalu menunaikan solat isya' yang dari tadi aku tidak menunaikannya. selepas selesai menunaikan solat, niat di hati ingin melihat isi di dalam kotak itu. tetapi, perut pula bergendang dengan hebat. tandanya aku lapar. 'amboiiiiii, time time macam ni juga kau mengada ya perut' ngomel aku sendirian. aku turun ke bawah untuk mencari makanan di dapur. aku dapat lihat isi keluarga ku semua sedang berseronok di ruang tamu melihat televisyen. mungkin cerita Lawak Ke Der. aku mengambil gelas yang berisi dengan air suam. tiba tiba sahaja, padangan ku menjadi kabur. terasa ingin tumbang ke tanah pun ada. tetapi aku cuba untuk gagahkan diri aku juga. aku dapat tangkap deringan telefon yang diminta diangkat. lalu aku jatuh juga. dunia aku menjadi gelap gelita. aku tidak mengingati apa apa selepas itu. sedar sedar sahaja aku berada di hospital.

KINI
"sayang, apa yang anak mama tengah buat dekat sini ni?" soal ibuku. dia mengusap usap kepala ku. aku menangis pada pelukan ibuku. ibu lah tempat selalu aku mengadu tentang kesah ku. peristiwa 3tahun lalu mula menghantui aku kembali. kini si dia lebih bahagia di sana. tanpa aku disisinya. si dia kemalangan di jalan raya dimana dibabitkan dengan sebuah motor. katanya, kerana hujan lebat jalan menjadi licin. sejak itu, aku sukar untuk melupakan dia. itulah perpisahan yang paling perit yang pernah aku hadapi.

hadiah pemberiannya itu, terdapat sebuah telekung yang cantik serta sebuah Al-Quran untuk aku. si dia juga menyelitkan sekeping surat di dalam kotak itu.
Kehadapan bakal penyeri hidup ku,
Saya menghadiahkan awak sebuah telekung supaya awak tidak tinggal solat. Saya nak awak rajin bersolat. Jangan jadi anak yang derhaka. Sentiasa patuh akan arahan ibu bapa awak. Al-quran ini pula, saya nak awak faham akan maksud ayat yang tersirat di dalam ini. Selepas solat, saya nak awak mengaji. Bukan mengaji kerana saya. Tetapi untuk Allah S.W.T. Mungkin awak baca surat ini, saya mungkin tidak ada lagi. Walaupun perit sekali untuk tinggalkan awak bersendirian, tapi awak kena ingat yang Allah sentiasa berada di sisi awak. InsyaAllah, jika Allah izinkan saya untuk melihat awak kali kedua. Saya akan pastikan awak selamat di bumi Allah. Sampai sini saja tulisan saya berhenti. Harap awak faham akan situasi ini.
ASSALAMUALAIKUM CINTA.
surat itu berkali kali aku membacanya, kini aku melipat kembali dengan kemas. ianya akan menjadi sebuah kenangan antara aku dan si dia. dan kini, aku sudah menjadi tunang orang. hujung tahun aku akan berkahwin. semoga perhubungan aku dan bakal suami ku hidup bahagia. sehingga ke Syurga. insyaAllah. awak pula di sana, saya tetap akan merindui dirimu. mungkin jodoh kita tidak panjang. saya redha dengan semua itu. apapun saya tetap akan sedekahkan Al-Fatihah dan juga setangkai doa untuk awak. semoga awak berbahagia disana. WAALAIKUMUSSALAM RINDU.

...............................................................................................................

so, macam mana? sedih tak? aku rasa tak pun. aku rasa biasa biasa je -,- takpelah, insyaAllah. kalau aku ada idea yang bagus aku cuba akan create cerita lain.

Adios.