Imagine

Assalamualaikum.

cuba kita semua bayangkan. satu hari tu, kita pergi satu kenduri. dengan lagak sopan santun dengan berbaju kurung yang berwarna (ikut suka hati korang) dengan tudung bawal yang comel atau selendang. dengan kaki yang kepit sehingga gajah pun susah nak lalu, mata kita tertumpu ke satu arah yang cukup dapat menarik perhatian kita. kita melihatnya dengan lama. sekejap sekajap kita tersenyum melihat lagaknya. lama juga kita memerhati dia. kita ingin tahu siapakah gerangan tuan badan itu.

lelaki yang berbaju melayu (ikut suka hati korang), bersongkok di kepalanya. sampin berada di dalam baju ala ala orang Johor. tiba tiba datangnya seorang budak kecik kepadanya. lelaki itu mengangkat budak kecil itu dan meletaknya dia di riba. sekejap sekejap budak itu mengekek ketawa. hati ini ingin rasa tahu, mengapa budak itu ketawa? apa perkara lucu yang diberitahu oleh lelaki itu? hati memberontak ingin tahu.

lelaki itu menghulurkan sebuah patung comel yang berwarna biru. mungkin itu adalah patung STICH kepunyaan budak kecil itu. hati ini rasa ingin memiliki patung yang diberikan oleh lelaki itu.

tiba tiba lelaki itu mencium pipi budak kecil itu. sweet bebenor lelaki tu. sekali lagi budak kecil itu mengekek ketawa. alahaiiiiiii, comelnya. hati ini terlalu cemburu untuk melihat gelagat mereka berdua itu. sekali lagi, kita perhatikan lagatnya dengan sepenuh perhatian. lelaki itu toleh ke kanan dan ke kiri. tanpa diduga, mata kita dan lelaki itu bertaut untuk seketika. terasa diri ini dihimpap batu besar. rasa lemas pun ada. tetapi kerana matanya yang bulat/redup rasa diri ini ingin menjerit sekuatnya.

lelaki itu terus toleh ke tempat lain. kononnya ingin control macho. kita pula tersimpul malu. *control ayu*. buat buat keluarkan phone dari handbag. sekali lagi, mata yang nakal ini memerhatikan gerangan tuan badan tadi. sekali lagi, mata kita bertaut dengan lelaki itu. dada ingin meletup. rasa ingin lari masuk ke tandas dan jerit sekuat kuatnya pun ada. menggelabah sampai tak ingat dunia. bila difikirkan balik, patutkah kita senyum kepadanya? eleh, nanti orang kata kita ni gatal pula kan?

lelaki itu bangun sambil mengendong budak kecil tadi dan lalu senyum kepada kita. dan tidak lupa juga, budak kecil itu melambaikan tangannya kepada kita. akhir sekali, kelibat lelaki dan budak kecil itu hilang dari pandangan mata kita. betapa indahnya dunia pada waktu itu.
so, macam mana? bayangkan crush/ bias/ lelaki idaman korang begitu. mesti nak meletup kan? kalau aku, terus HEART ATTACK dekat situ *muka tipu* hahahaha.
Adios.