Tutorial Photoshop: Gabung dua gambar dan letak effect.

Assalamualaikum.

k, harini aku teramatlah bosan. takde benda nak buat. asik scroll timeline dan membuatkan diri aku sungguh bosan. tetiba, aku rajin nak buat tutorial harini. ni first time aku buat. korang nak jadikan poster pun boleh. tak kesah. tutorial kali ni, tentang Gabung Dua Gambar Dan Letak Effect.

contoh poster di bawah ini :-
Ya, aku tahu poster ni buruk -,- sebenarnya ni bukan poster. just. k, tak tahu nak cakap macam mana. korang nak jadikan poster pun boleh :)
Klik image untuk jadikan sebesar gajah :D
first, buka Photoshop korang. tak kesah CS berapa. sebab semua sama je. klik File > New > Width x Height *400x500*

drag gambar tu ke dalam Layer Transparent tau!

lepastu, gambar dekat bawah tu tak kira lelaki atau perempuan yang korang taruk tu hendaklah ditindih di atas layer atas tu. faham tak? kalau tak, cuba faham kan :D

lepas dah susun gambar tu. korang kena klik pemadam tu. ikut size yang aku berikan itu. wajib ok! padam lah benda yang tak sepatutnya. dan jangan sampai nampak layer tau! dan hasilnya begini :-

gambar kiri tu betul tau. tapi gambar yang kanan tu, 100% salah! ulang suara, benda tu SALAH. ada faham?

kemudian, korang kena lah Merge Down gambar tu. klik Right Click > Merge Down pada gambar :)

lepas dah Merge Down gambar tu. anda dikehendaki klik Image > Adjustments > Desaturate. dan gambar tu akan bertukar hitam putih :D

sekarang, korang punya gambar tu hitam putih kan? lepas tu klik Image > Adjustments > Colour Balance.

lepas korang dah klik Colour balance tu, korang boleh tukar warna gambar korang tu. nak blue pun boleh. green pun boleh. ikut warna kesukaan anda, ya :)

jeng jeng jeng, tadikan warna hitam? so, aku tukarkan jadi biru kegelapan. lol. salah je ayat aku tu -..- next, korang kena klik barang yang berbentuk LOLLIPOP tu. ada dekat tepi-tepi tu. lepas tu, korang boleh lah pada muka characters korang yang gelap tu.

k, step ni korang perlu tengok gambar je. tak perlu aku ajarkan? so, simple seh -,-

jangan lupa, check opacity korang tu. dikehendaki angka opacity korang tu perlulah 41! ok? dan korang boleh lah warnakan di tepi-tepi characters korang tu. jangan semua. sikit-sikit je. sebab nak tambahkan effect sikit je :) lepas tu klik SAVE.

EXTRA! k, nampak simple sangat kan korang punya tu? korang boleh tambah layer dekat belakang tu. macam sebelum ni aku ajar tu. buka Texture korang. lebih bagus guna Handwriting Texture. kemudian drag texture korang tu ke characters korang tu.

lepas drag tu, korang klik Normal > Soft Light. ada dekat tepi-tepi tu. maksud aku belah kanan korang tu :)

dah nampak kan korang punya hasil tu? mesti gambar tu jadi HODOHs kan? emm, disebabkan tulisan tu mengahalang muka dia. so, klik Eraser > 65px. after that, padam lah tulisan yang tak diperlukan tu.

next, klik File > Save As > *tittle* > PNG > Save.

dah selesai :D jyeah. eh, ada lagi lah -,- podahhhhhhhhhhhhhhhhhh. after that, buka Photoscape korang. ada tak? kalau takde, anda dikehendaki untuk menggodam ENCIK.GOOGLE kita yang MOLEK tu :)

buka Photoscape then klik Edit.

klik Home > Filter > Film Effect > *ikut suka hati korang*. lepas tu korang buatlah tajuk apa yang korang suka. tahukan macam mana nak buatkan? boleh guna Photoscape and Photoshop. and lastly, klik SAVE ! dah siap *__* so, sampai sini jelah aku punya tutorial ni.

poster ni first time aku buat. ni lebih cantik dari Ulzzang Couple tu -,- k, diam semua :D
Adios chingu(s).

1 comment:

Shing Blabla said...

assalam , tenks hana for the tuto . sukaa sngat :)