Takdir part1

Kehidupan haruslah dipenuhi dengan saat-saat manis dan haruslah elak dari timbulnya saat-saat pahit. Setiap keinginan tidak akan dapat jika tiada usaha begitu juga kejayaan. Berada dijalan Allah sudah cukup puas untuk hati ini. Sangat puas. Tetapi harus ku mencari teman hidup yang dapat menolong untuk meneruskan perjalanan di jalan Allah ini.


5 januari 2013

Pada waktu itu, Hanis berlari sepantas kilat menuju ke Starbuck di Metro Point, Kajang. Bagaikan F1 memecut dengan tidak menghiraukan orang sekeliling. 

"Terencat akal apa budak ni, lari tak pandang orang" kata-kata tersebut tidak dihiraukan kerana Hanis tahu dia sudah terlambat untuk bertemu dengan rakan karibnya Aisyah. Dengan perasaan yang tidak sabar, Aisyah menghantar SMS kepada hanis

"WOI CEPAT,AKU TAKUT NI,SEMUA ORANG PANDANG AKU CAM NAK MAKAN AKU. CEPAT SEBELUM AKU MATI" 
Pemikiran senget Aisyah sentiasa membuat Hanis tergelak dan ini membuatkan Hanis berasa selesa bila bersama Aisyah. Sebaik saja Hanis membaca SMS yang dikirimkan oleh Aisyah, dia terus tergelak dan terlanggar seorang lelaki yang berbadan agak tegap. Lalu, Hanis terjatuh bagaikan nangka busuk yang sangat busuk yang tak boleh tahan dah bau nangka tersebut. Hanis dengan tidak malunya, bangun dan tunduk bagaikan berada di jepun, untuk meminta maaf. Lelaki tersebut hanya tersenyum dan mengatakan tidak mengapa lalu beredar. 

Hanis meluru masuk ke Starbuck dan melihat rakan karibnya sedang tenang melepak membaca buku.

"Sampai hati kau text aku cam tu. Kau tahu tak perasaan sedih ini sedang under the weather?!" kata Hanis dengan muka yang sedih

"Sampai la jugak. Kau pahal tudung senget, otak senget, muka pun kalau boleh senget sekali?" Aisyah cuba membuat jenaka yang tidak seberapa dan ini membuatkan Hanis terasa diri Aisyah kurang bijak disitu.

"Tadi aku terlanggar sorang mamat ni, aku tak tau la siapa buta, nasib baik la badan dia boleh tahan, aku jatuh macam gadis dalam iklan snickers tu" cerita Hanis dengan lagaknya.

"Tipu la kau, paling takpun mesti kau tergolek 6 kali."

"Senyap la kau. Aku tau kau dengki aku comel. Ok aku nak pi order air sat." lalu Hanis meninggalkan Aisyah sementara.

*bersambung*
 

No comments: