Hatiku Milikmu - bab4

Syarikat guaman yang kaku di depan mataku. Mulutku pula tidak henti-henti memuji bangunan itu. Cantik. Nama syarikat pula, Tetuan Sulaiman And Radzi.

Aku gementar kerana aku akan bermula alam pekerjaan. Dari tadi aku tidak memutus-mutus berdoa kepada Allah supaya harini urusan ku berjalan dengan lancar. Along menemani aku untuk berjumpa dengan pemilik syarikat sebelum aku bermula bekerja.

Pemilik syarikat itu adalah Dato' Sulaiman. Beliau adalah teman rapat kepada abah. Abah yang mengajurkan pekerjaan ini kepada aku selepas aku menolak permintaan abah untuk bekerja di syarikatnya. Dato' Sulaiman membawaku ke pejabat, dimana anak-anak buah bekerja. Mereka semuanya baik belaka, peramah. Happy go lucky sahaja mereka ini.

Dato' Sulaiman ingin memperkenalkanku dengan anaknya yang bekerja sebagai pengurus syarikat di sini. Tapi malangnya, aku tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anaknya itu. Katanya, anaknya itu sekarang berada di Johor kerana ingin menyelesaikan sebuah kes di sana.

" Layla, uncle nak minta maaf sebab tak dapat nak kenalkan anak uncle dengan kamu. " kata Dato' Sulaiman dengan hampa.

" Tidak mengapalah Dato'. Biasalah kerja peguam ni kan berat. Bukan ada masa pun nak duduk dekat pejabat ni. " balasku.

" Eh, kamu ni tak payah lah formal sangat. Panggil je uncle, uncle kan dah lama berkawan dengan ayah kamu tu. Macam keluarga dah pun. " aku hanya mengangguk faham.

" Baiklah, kamu sudah boleh bekerja sekarang. Kalau mahu mula esok pun takpe. Uncle tak kisah pun. " kata Dato' Sulaiman.

" Takpelah, harini maybe Layla akan mula. Layla nak juga kenal  kawan-kawan baru dekat sini. "

" Kalau macam tu baiklah. Ini adalah pejabat kamu, kalau ada kekurangan boleh bagitahu uncle. " Dato' Sulaiman menunjukkan bilik pejabat yang bakal aku miliki.

" And one more thing Layla, kalau dekat pejabat panggil uncle dengan panggilan formal. Dekat luar panggil uncle je. " kata Dato' Sulaiman lalu aku menghadiahkan sebuah senyuman untuknya sebelum Dato' keluar dari pejabat.

Selepas kelibat Dato' Sulaiman hilang dari situ, aku tidak membuang masa lagi. Aku terus ke tempat rakan-rakanku bekerja. Mereka sungguh peramah. Senyuman di bibirku tidak lekang langsung. Aku berasa gembira sangat pada waktu itu.

" Cik Layla ni masih berbujang atau sudah berpunya? " tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Hamidah, orang memanggilnya dengan nama Kak Midah. Memandangkan dia lebih tua dari aku, aku hanya memanggilnya seperti orang lain.

" Apa ni Kak Midah, tak payah lah panggil saya macam tu. Panggil Layla pun dah cukup. Saya masih bujang kak, siapa lah nak dengan saya ni. " kataku kepada Kak Midah.

" Betul ke Layla masih bujang? Boleh lah saya masuk line, ya? " kata salah seorang daripada mereka yang tetiba sahaja menyelit perbualan kami. Tidak mengapalah, biasalah tu. Lumrah manusia.

" Zairi, kamu jangan nak mengada-ngada, ya. Tunang kamu tu nak campak mana? Kalau dia dapat tau, mati kamu lepas ni. " Kata Kak Midah kepada lelaki yang bernama Zairi itu. Ohh, Zairi namanya.

Aku hanya tersenyum sahaja melihat kerenah Zairi dan Kak Midah itu. Mereka berdua itu memang lucu.

" Saya gurau jelah, kak. Alah akak ni, nak ambil serius kenapa? Apa kata orang tu, emm chillex. Of course I do love my fiance. " aku tahu yang Huzairi itu bergurau sahaja.

" Kak, can i ask something? Dah berapa lama bos takde dekat pejabat? Bila dia balik? " tanya ku kepada Kak Midah.

" Oh, bos kita tu dah pergi dua hari yang lepas. Katanya harini dia dah balik. Maybe esok kot dia masuk pejabat. Kenapa Layla? Rindu dia ke? " kesitu pula Kak Midah fikir.

" Eh, takde lah. Tuan puya badan pun belum saya nampak, nak kata rindu apa nya. Ada ada je lah akak ni. "

Baru masuk harini, tiba-tiba rindukan bos. Eee, geli dibuatnya. Mungkin sudah kahwin, then botak tengah apetah lagi buncit. Bukannya aku ingin menghina ciptaan Allah, aku cuma tidak selesa bila mengungkapkan perkataan 'rindu' itu. 

" Takpe lah kak, saya tak berminat nak tahu pasal bos. Entah-entah dia tu pelik. Lepastu kuat makan. Nanti dia pula yang makan saya " ujarku lagi.

Tiba-tiba, aku dapat rasakan suasan di situ berubah. Kak Midah, Huzairi dan yang lain-lain seperti tidak melayan aku. Pelik. Aku mula tertanya-tanya kenapa. Aku memandang Kak Midah, matanya seperti terbeliak. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Tak kan lah nampak hantu disiang hari kot. Tak mungkin lah. 

Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu di belakangku. Aku terdengar seseorang sedang berdehem di belakang ku. Aku pusing ke belakang dengan perlahan-lahan. Harap-harap itu bukan hantu mahupun bos. Doa. Apa yang aku mampu hanyalah berdoa sekarang.

Kaku. Terasa seperti badan ku sungguh keras. Tidak mampu bergerak. Sunyi. Suasana yang sunyi. Sangkaan ku betul. Makhluk yang berada di belakang aku tadi ialah bos. Bos datang! Aku hanya mampu menjerit-jerit di dalam hati. Hari pertama aku sudah membuat masalah. Adakah bos akan marah aku? Adakah bos mendengar perbualan aku tadi? Macam-macam yang aku sedang fikirkan.

Aku dapati mata bos terbeliak seperti ingin terkeluar biji matanya itu. Kemudian dia ketawa. Hairan. Kenapa bos ketawa? Apa yang melucukan? Aku melihat yang lain, seperti ingin ketawa. Diam. Malu.

" Mari ikut saya ke pejabat. " arah bos. Aku hanya membuntutinya dari belakang. Malu dan malu.

*bersambung*

No comments: