Kehidupan haruslah dipenuhi dengan saat-saat
manis dan haruslah elak dari timbulnya saat-saat pahit. Setiap keinginan tidak
akan dapat jika tiada usaha begitu juga kejayaan. Berada dijalan Allah sudah
cukup puas untuk hati ini. Sangat puas. Tetapi harus ku mencari teman hidup
yang dapat menolong untuk meneruskan perjalanan di jalan Allah ini.
5 januari 2013
Pada waktu itu, Hanis berlari sepantas kilat menuju
ke Starbuck di Metro Point, Kajang. Bagaikan F1 memecut dengan tidak
menghiraukan orang sekeliling.
"Terencat akal apa budak ni, lari tak
pandang orang" kata-kata tersebut tidak dihiraukan kerana Hanis tahu dia sudah terlambat untuk bertemu dengan rakan karibnya Aisyah.
Dengan perasaan yang tidak sabar, Aisyah menghantar SMS kepada hanis
"WOI CEPAT,AKU TAKUT NI,SEMUA ORANG PANDANG AKU CAM NAK MAKAN AKU. CEPAT SEBELUM AKU MATI"
Pemikiran senget Aisyah sentiasa membuat Hanis tergelak dan ini membuatkan
Hanis berasa selesa bila bersama Aisyah. Sebaik saja Hanis membaca SMS yang dikirimkan
oleh Aisyah, dia terus tergelak dan terlanggar seorang lelaki yang berbadan
agak tegap. Lalu, Hanis terjatuh bagaikan nangka busuk yang sangat busuk yang
tak boleh tahan dah bau nangka tersebut. Hanis dengan tidak malunya,
bangun dan tunduk bagaikan berada di jepun, untuk meminta maaf. Lelaki tersebut hanya
tersenyum dan mengatakan tidak mengapa lalu beredar.
Hanis meluru masuk ke Starbuck dan melihat rakan karibnya sedang tenang melepak membaca buku.
"Sampai hati kau text aku cam tu. Kau tahu tak perasaan sedih ini sedang under the weather?!" kata Hanis dengan muka yang sedih
"Sampai la jugak. Kau pahal tudung senget,
otak senget, muka pun kalau boleh senget sekali?" Aisyah cuba membuat jenaka yang tidak seberapa dan ini membuatkan Hanis terasa diri Aisyah kurang bijak disitu.
"Tadi aku terlanggar sorang mamat ni, aku
tak tau la siapa buta, nasib baik la badan dia boleh tahan, aku jatuh macam
gadis dalam iklan snickers tu" cerita Hanis dengan lagaknya.
"Tipu la kau, paling takpun mesti kau
tergolek 6 kali."
"Senyap la kau. Aku tau kau dengki aku
comel. Ok aku nak pi order air sat." lalu Hanis meninggalkan Aisyah sementara.
*bersambung*
No comments:
Post a Comment