Aku bisu

Aku bisu,
bukan kerana aku takut.

Aku bisu,
bukan kerana aku lemah.

Aku bisu,
bukan kerana aku hilang kata-kata.

Aku bisu,
kerana aku sedang memerhati.

Aku bisu,
kerana sedang memberi peluang,
peluang kepada mereka untuk membodohkan diri ku.

Aku bisu,
kerana aku sedang mengumpul kata-kata,
untuk membidas mulut puaka manusia,
di dunia.

Aku bisu,
bersebab.


how can ppl in this world, boleh bahagia gila nak mati. no i mean, orang sekeliling aku. like nothing happened even dah kena setempek taik kat muka, tapi still steady berdiri dengan kukuh beserta sebuah senyuman yang kau sendiri tidak terbayang.

sedangkan aku disini, sedang menanggung kesakitan kerana dunia ini penuh dengan bisikan manusia yang tidak berakal. seperti aku juga. diberikan akal, tetapi tidak menggunakannya.

kau hidup kat dunia ni sekali je babe. pls lah, belajar appreciate orang. jangan jadikan ego kau bertakhta di atas kepala kau. kau takkan kemana dengan sifat tu. lama-lama orang yang dah lama hidup dengan kau, berdiri dengan kau, jatuh bangun kau, akan pergi tinggalkan kau perlahan-lahan, tanpa kau sendiri sedar.

No comments: